Isnin, 5 Oktober 2009

KOMUNITI BESTARI KG.SINULIHAN BARU JOHAN PERTANDINGAN KOMUNITI BESTARI PERINGKAT NEGERI

Komuniti Bestari Kampung Sinulihan Baru Keningau, menjadi johan pertandingan Komuniti Bestari peringkat Negeri Sabah dan telah mewakili negeri ini ke Pertandingan Komuniti Bestari Terbaik Peringkat Kebangsaan pada bulan Mei lalu. Pengerusi Komuniti Bestari Kampung Sinulihan Baru, Puan Norhaziah Abdullah berkata, kemenangan ini membuktikan komitmen tinggi warga Sinulihan Baru dalam mencapai dan menyahut seruan kerajaan. Majlis penerimaan Anugerah ini telah di adakan di Dewan Serbaguna Kampung Sinulihan Baru pada 30 April 2009. Majlis ini telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat Adun N37 Sook, Datuk Ellron Angin serta dihadiri oleh Pengarah Penerangan Negeri Sabah dan beberapa agensi lain. Johan bagi pertandingan Komuniti Bestari terbaik akan memenangi hadiah berupa wang tunai RM3000 beserta sebuah plak dan sijil Penghargaan. Tahniah kepada seluruh warga Sinulihan Baru dan teruskan usaha demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Semoga Berjaya…